Letih .
Sunday, 4 January 2015 | 23:11 | 0 comments
Andai dapat aku palingkan wajah daripada hadapi semua masalah yg menimpa.
Kan dunia akan menjadi semuanya mudah.
Tapi, sayang. semua tu tak mungkin akan terjadi. kerana apa?
Masalah-masalah yg membelenggu hidupku itulah yg selalu menjadi guru terbaik buat diriku di samping pengalaman-pengalaman yg aku tempuhi. Merekalah yg banyak mengajar pelbagai subjek tentang kehidupan.
Betul apa orang kata. Pengalaman adalah guru terbaik.
Aku hairan, mengapa manusia dikurniakan hanya satu muka, tapi masih wujud istilah dua muka. ke mana muka yg lagi satu?
Manusia bermuka-muka. apa maksudnya?
Kadang-kadang, kawan itu boleh jadi lawan. dan lawan itu boleh jadi kawan. kenapa begitu?
Ahh, aku sudah biasa hidup dalam kepura-puraan. Semuanya ilusi namun di alam nyata.
Di sini. Di laman ini. bukan hendak meraih simpati daripada sesiapa. namun, ini namanya. tampat tulisan hatiku di mana ia tidak mampu terluah melalui bibir.
aku bukanlah seorang yg mudah meluahkan perasaan kepada sang manusia. Kawan, mahu pun ibu bapa. entah kenapa begitu. Ramai yg paksa aku untuk berterus terang kalau ada masalah. orang-orang di sekeliling aku. aku hanya mengiakan saja. tapi, aku tetap buat. mulutku tetap terkunci. kini jari menggantikan bibirku. jarilah yg mampu meluahkan isi hatiku.http://faarah-dream.blogspot.com
kenapa manusia ada yang bermuka-muka?