You've strumbled to my wishland. you can wish anything here+Follow me or go Home ?
Status Updates
Ya Allah, semoga Nur Farah Ain, pemilik blog ni mendapat keputusan SPM yang mencapai targetnya iaitu 8A 2B. Amin
//WishLand
Author Story Linkies Credits
OMG! Farah dah suka dekat budak-budak?
Friday, 2 January 2015 | 09:12 | 0 comments

Alhamdulillah. right now kita dah berada di hari ketiga 2015. Amacam yg nak bersekolah tu? Dah sedia untuk melangkah masuk ke dalam sekolah korang? Dah prepare stationary korang? Buku teks korang dah lapis dengan pembalut buku? *ek, malas lah. haha

even saya pun memang paling malas nak lapis buku-buku teks. So kena pandailah pilih buku yg baru kan. haha. masa tulah pengawas buku teks mula membebel "pilih je mana-mana. semua sama okay" haha. noo. for me, selain kualiti dan kuantiti, kekemasan itu juga sangat penting. 


dalam gambar di atas, macam yg korang nampak, there's a kid. haha. ya, ada budak lelaki. tak tahu kenapa saya pilih gambar budak yg saya tak kenal pun. Act, saya tak tahu kenapa kebelakangan ni saya agak terbuka hati kat budak-budak. Alhamdulillah. seriously, dulu punya main sombong aku kat diorang ni. bukan nak pandang rendah sebab diorang kecik or something tapi entahlah. orang kata, kurang mesra gituu. haha. 

yalah, saya ni. waktu kecik, adik-adik pun kecik kami sama-sama membesar. saya dah besar, diorang pun besar. eh, besar ke? hehe. Mungkin, sebab tulah saya tak berapa pandai nak layan budak-budak. Maybe? baby yg kecik comel tu lagilah. alahai. orang lain minta jagakan baby diorang, alamatnya menangis budak tu. Maafkan saya. saya describe diri saya bila dengan budak-budak sampai korang terbayang saya ni monster ya? hmph.

Huh, saya dah cuba untuk jadi kakak yg mesra terhadap budak-budak dan babies. Okay, mood sedih.  tpi, apa yg diorang buat? diorang boleh buat muka macam nampak hantu? sembunyi belakang mama diorang macam saya ni orang jahat. saya bukan nak culik diorang pun! hampir menangis pun ada, tau. Eeee, saya tak garang okay. Muka saya tak nampak garang atau bengis. muka saya baby face tau. hahaha okay lawak. ya, tulah masalahnya. 


So, how? macam mana cara untuk mesra dengan diorang ni? tolong Farah. tolong Farah. then saya terfikir, macam mana dengan anak saya sendiri nanti? tu jadi persoalan my close friends kat sekolah. diorang pun dah faham.  



hmmm :'( kerisauan melanda diri. saya cuba layan babies macam saya layan kucing.
Errrrr, bukan. bukan macam tuu. I mean, saya layan kucing macam layan manusia. dukung sana sini macam dukung baby manusia. belai. talking to them. bawa tidur. Cara saya layan kucing, obviously macam layan baby manusia. 
Tpi bila dengan diorang ni, saya jadi kekok. terasa janggal di situ. tak tahu nak cakap apa. lebih-lebih lagi bila parents diorang ada sama.

So, how? macam mana cara untuk mesra dengan diorang? tolong Farah. Tolong Farah. Kerisauan melanda :(








Gambar hanya sekadar hiasan.
Tiada kena-mengena dengan yg hidup mahu pun yg mati. hehe